Sunday, 1 December 2013

Vivix : Berbaloi Mencuba

Assalamualaikum w.b.t
Ini adalah post daripada kakak saya yang baru-baru ini pergi melawat keluarga adik saya di Selangor.
Mari kita kongsi bersama-sama kisah beliau....

"Semalam, 1 Dec 2013, saya bertandang ke rumah keluarga adik ipar saya di Sungai Buloh, Selangor. Kesihatan ibunya tidak begitu memuaskan sejak bulan puasa hari tu lagi. Hari Raya Aidilfitri yang lalu terpaksa disambut dalam keadaan lemah tak bermaya dan sakit. Sakit seluruh badan hanya Tuhan yang tahu katanya, terutamanya dari paras pinggang ke bawah. Anaknya sudah merujuk keadaan ibunya di hospital berdekatan. Doktor masukkan air katanya. Ujian darah juga dilakukan. Doktor yang memeriksa memaklumkan "makcik tak sakit apa-apa". Lalu balik ke rumah namun keadaan kesihatannya belum menampakkan ada tanda mahu pulih. Selera makan semakin berkurang dan keadaan diri semakin tidak bermaya dan sepanjang hari terbaring di atas tilam.

Sebelum ini jika beliau sihat,  setiap kali saya ke rumahnya, ibunya  memang tak duduk diam melayan kami sekeluarga. Sibuk sekali menghidangkan makan minum buat tetamu walaupun berkali-kali kami berkata " tak yah susah-susah makcik".

Setelah saya mendapat info tentang banyak testimoni pengguna vivix, saya mencadangkan adik ipar saya mencuba vivix kepada ibunya yang sakit itu. Manalah tahu ada kemajuannya. Dan pada 19 Nov baru-baru ini, ibunya mula mengambil vivix.


Maklum balas yang diterima daripada ibunya sejak ambil vivix;
  • kerap kencing, jika dulu badannya selalu kesejukan, sekarang sudah mula panas, dulu tidak berpeluh sekarang banyak berpeluh, 
  • namun ada juga respon yang masih membimbangkan iaitu selera makan masih lagi teruk, badan masih lagi lemah tidak bermaya dan sakit badannya bertambah sakit.
Kami simpati juga mendengar keluhannya yang sakit yang amat seluruh badannya. Biasanya orang tua jika sakit sikit-sikit dia tak akan mengadu atau mengeluh, jika dia berbunyi sakit tu, maknanya sakit yang tak terperi lah tu.
 
Anaknya telah berikhtiar. Sudah 12 hari diberi ibunya vivix sesudu setiap pagi selepas sarapan. Bila ibunya mengadu sakit badannya bertambah, dikurangkan menjadi setengah sudu. Anaknya juga selalu berpesan agar minum air yang cukup setial hari. Harap hari-hari seterusya menggunakan vivix, kesihatan makcik semakin pulih. Amin"

Terima Kasih kerana sudi membaca.
Sekian.
2 Dec 2013






No comments:

Post a Comment