Info SiHat..... " I WANT SIHAT "

Semua orang berazam ingin menurunkan berat badan.. mari kita baca kisah di bawah...
Terdapat 2 situasi:

Ali dan Abu masing-masing mempunyai keperluan kalori seharian adalah 2000kcal.

Untuk menurunkan berat badan, Ali dan Abu harus mencipta defisit kalori sebanyak 500 kalori. So total kalori yang perlu diambil dalam masa sehari adalah 1500kcal.

Cuma cara Ali dan Abu menghasilkan defisit kalori sedikit berbeza.

Teknik Ali:

Pengambilan diet seharian Ali ambil 2000 kalori. Dan bersenam setengah jam dapat membakar 500 kalori. So total kalori seharian Ali adalah 1500kcal.

Teknik Abu:

Abu tiada masa bersenam. Dia just diet sahaja. Abu hadkan kemasukkan kalori menurusi diet. So total kalori seharian Abu adalah 1500kcal.

Hasilnya?

Ya, memang Ali dan Abu dapat menurunkan berat badan.

TAPI

Ali memiliki beberapa kelebihan sebab Ali membuat senaman.

Antara kelebihan yang Ali dapat adalah:

- Bentuk badan yang lebih baik.

- Metabolisma meningkat

- Lebih banyak lemak di bakar

- Kadar 'fitness' meningkat.

Kesimpulannya?

Anda boleh ikut cara Ali atau Abu yang penting ia dapat membahagiakan diri anda...

Semua orang memilih....supplement boleh membantu anda..namun sebenarnya DIRI anda yang MEMBANTU diri anda sendri..pilihan ditangan ANDA..

 so jalan mudah...atau sedikit kesukaran..anda boleh dapatkan hasilnya..


Credit to Info Sihat


Mengapa WANITA kena ambil Supplement ???



Sebabnya mudah sahaja kerana wanita ini komplek. Setiap aktiviti wanita dipengaruhi oleh hormon. Jika hormon cantik, maka cantiklah mood dia hari itu. Kalau nak dekat2 period, bermacam ragam dibuatnya.

Apa yang boleh kita kata hormon ini adalah pengerak wanita. Kerana hormon jugalah membolehkan wanita itu hamil, period ataupun menopause.

Secara jelas, kadang-kadang hormon wanita sering terganggu. Dan beberapa penyakit berkait hormon juga sering menganggu kehidupan wanita seperti PCOS, Endometriosis & juga kanser.

Kitaran hormon ini terbukti oleh saintis dimana ia boleh terganggu akibat daripada radikal bebas (free radical). Radikal bebas ini berpunca daripada persekitaran tercemar seperti asap rokok, asap kenderaan.

Selain daripada itu makanan yang digoreng melalui minyak yang telah dihidrogen juga boleh menyebabkan tingginya kandungan radikal bebas dalam diri wanita.

Oleh itu, setiap wantia perlukan anti oksida. Dimana antioksida ini datang dalam pelbagai jenis seperti supplement seperti (vitamin A,C, & E)
Anti oksida ini akan mengikat radikal bebas dan membuangnya samada melalui peluh ataupun urin (air kencing).

Apabila kitaran hormon wanita kembali normal dan berjalan dengan lancar, percayalah wanita itu akan cergas, sihat dan sentiasa bertenaga serta memiliki 'mood' yang baik.

Tambahan lagi, hormon yang bagus akan melambatkan proses penuaan wanita. Proses kedutan juga berjaya dilambatkan

Satu lagi admin nak tambah, bila u all ambil supplement jangan 'expect' nak dapat kesan sekelip mata. Ia bukan ubat yang memberi tindak balas serta merta. Mungkin penggunaan lebih 3 bulan barulah nampak hasilnya.

Mungkin ada wanita kat sini nak tanya lagi, supplement jenama apakah yang terbaik....sama-sama buat kajian....admin tak mahu paksa...

credit to :
 info sihat
http://mumlovbabyshoppe.blogspot.com/



Badan tak sentiasa akan muda...



Suatu hari nanti kesihatan badan kita pasti akan merosot. Kadar metabolism badan kita juga mungkin tidak akan sama semasa usia muda..oleh yang demikian sentaiasa berusaha untuk mempertingkatkan kesihatana badan..






 

No comments:

Post a Comment