Sunday, 19 January 2014

Info Sihat : Adakah anda mempunyai berat badan berlebihan...??? antara info mengenai berat badann...

1. Berat badan berlebihan 

 

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :

Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)


BMI of 18.5 to 25 may indicate optimal weight; a BMI lower than 18.5 suggests the person is underweight while a number above 25 may indicate the person is overweight; a BMI below 17.5 may indicate the person has anorexia nervosa or a related disorder; a number above 30 suggests the person is obese (over 40, morbidly obese).
cuba lihat jadual BMI di bawah


2. Penyebab Berlebihan Berat Badan

Faktor risiko termasuk :
  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

3. Apakah komplikasi masalah ini?

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

4. Elakkan Berlebihan Berat Badan

  1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
    • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
    • Makan secara sederhana.
    • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
    • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
  2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
  3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.

5. Rawatan Berlebihan Berat Badan

Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
  1. Pemakanan:
    • Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
    • Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
    • = 30% kalori daripada lemak.
  •  
    • Untuk mengurangkan berat badan :
      • Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
      • Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.
      • Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).
      • Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
      • Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
      • Baca label makanan terutama kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.
  1. Aktiviti fizikal
    • Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking") jauh dan bersenam semasa menonton TV.
    • Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
    • Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
  1. Ubah tabiat anda.
    • Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
    • Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
    • Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
    • Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
    • Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
  1. Ubat-ubatan
    • Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
    • Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  1. Pembedahan
    • Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
    • Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.
6. Berapa lama seseorang perlu dirawat?
  • Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.
  • Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.


KIta yang menentukan saiz dan berat badan kita ..masih belum terlambat sekiranya kita makan berlebihan sehingga menyebabkan kita tidak lagi mempunyai berat yang ideal..

usaha...usaha dan terus berusaha....bersenam, cara pemakanan....dan mungkin Set Kurus Shaklee mampu membantu anda sedikit sebanyak untuk mendapatkan berat badan yang ideal





Info Sihat

 

InfoSihat ; 10 amalan ke arah hidup sihat, kurang stress!

InfoSIHAT:

10 Amalan ke arah hidup sihat, kurang stress! 

 

Peningkatan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti bukan lagi satu perkara asing di negara ini.
Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, ‘kebebasan’ dan kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan tahap kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Berikut merupakan 10 daripada bermacam-macam cara untuk anda mencapai kesihatan yang optimum dan mengurangkan tekanan.  

Tarik nafas dalam-dalam.
  • Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

Jaga gigi anda.
  • Berus dan flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. Malah bau yang nyaman semestinya memberikan anda lebih semangat untuk berhadapan dengan orang ramai.

Minum, minum dan minum air!
  • Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.

Bersarapan!
  • Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

Pilih makanan yang sihat
  • Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

Gunakan tangga
  • Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.

Selingkan senaman semasa bekerja
  • Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.

Senaman bangkit tidur
  • Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .

Berjalan
  • Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang optimum. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan. Makanlah berdasarkan ilmu di dada dan bukan atas selera dan nafsu sahaja!