Sunday 19 January 2014

Info Sihat : Adakah anda mempunyai berat badan berlebihan...??? antara info mengenai berat badann...

1. Berat badan berlebihan 

 

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :

Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)


BMI of 18.5 to 25 may indicate optimal weight; a BMI lower than 18.5 suggests the person is underweight while a number above 25 may indicate the person is overweight; a BMI below 17.5 may indicate the person has anorexia nervosa or a related disorder; a number above 30 suggests the person is obese (over 40, morbidly obese).
cuba lihat jadual BMI di bawah


2. Penyebab Berlebihan Berat Badan

Faktor risiko termasuk :
  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

3. Apakah komplikasi masalah ini?

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

4. Elakkan Berlebihan Berat Badan

  1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
    • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
    • Makan secara sederhana.
    • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
    • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
  2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
  3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.

5. Rawatan Berlebihan Berat Badan

Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
  1. Pemakanan:
    • Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
    • Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
    • = 30% kalori daripada lemak.
  •  
    • Untuk mengurangkan berat badan :
      • Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
      • Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.
      • Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).
      • Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
      • Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
      • Baca label makanan terutama kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.
  1. Aktiviti fizikal
    • Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking") jauh dan bersenam semasa menonton TV.
    • Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
    • Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
  1. Ubah tabiat anda.
    • Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
    • Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
    • Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
    • Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
    • Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
  1. Ubat-ubatan
    • Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
    • Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  1. Pembedahan
    • Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
    • Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.
6. Berapa lama seseorang perlu dirawat?
  • Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.
  • Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.


KIta yang menentukan saiz dan berat badan kita ..masih belum terlambat sekiranya kita makan berlebihan sehingga menyebabkan kita tidak lagi mempunyai berat yang ideal..

usaha...usaha dan terus berusaha....bersenam, cara pemakanan....dan mungkin Set Kurus Shaklee mampu membantu anda sedikit sebanyak untuk mendapatkan berat badan yang ideal





Info Sihat

 

InfoSihat ; 10 amalan ke arah hidup sihat, kurang stress!

InfoSIHAT:

10 Amalan ke arah hidup sihat, kurang stress! 

 

Peningkatan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti bukan lagi satu perkara asing di negara ini.
Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, ‘kebebasan’ dan kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan tahap kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Berikut merupakan 10 daripada bermacam-macam cara untuk anda mencapai kesihatan yang optimum dan mengurangkan tekanan.  

Tarik nafas dalam-dalam.
  • Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

Jaga gigi anda.
  • Berus dan flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. Malah bau yang nyaman semestinya memberikan anda lebih semangat untuk berhadapan dengan orang ramai.

Minum, minum dan minum air!
  • Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.

Bersarapan!
  • Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

Pilih makanan yang sihat
  • Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

Gunakan tangga
  • Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.

Selingkan senaman semasa bekerja
  • Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.

Senaman bangkit tidur
  • Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .

Berjalan
  • Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang optimum. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan. Makanlah berdasarkan ilmu di dada dan bukan atas selera dan nafsu sahaja!

Sunday 1 December 2013

Vivix : Berbaloi Mencuba

Assalamualaikum w.b.t
Ini adalah post daripada kakak saya yang baru-baru ini pergi melawat keluarga adik saya di Selangor.
Mari kita kongsi bersama-sama kisah beliau....

"Semalam, 1 Dec 2013, saya bertandang ke rumah keluarga adik ipar saya di Sungai Buloh, Selangor. Kesihatan ibunya tidak begitu memuaskan sejak bulan puasa hari tu lagi. Hari Raya Aidilfitri yang lalu terpaksa disambut dalam keadaan lemah tak bermaya dan sakit. Sakit seluruh badan hanya Tuhan yang tahu katanya, terutamanya dari paras pinggang ke bawah. Anaknya sudah merujuk keadaan ibunya di hospital berdekatan. Doktor masukkan air katanya. Ujian darah juga dilakukan. Doktor yang memeriksa memaklumkan "makcik tak sakit apa-apa". Lalu balik ke rumah namun keadaan kesihatannya belum menampakkan ada tanda mahu pulih. Selera makan semakin berkurang dan keadaan diri semakin tidak bermaya dan sepanjang hari terbaring di atas tilam.

Sebelum ini jika beliau sihat,  setiap kali saya ke rumahnya, ibunya  memang tak duduk diam melayan kami sekeluarga. Sibuk sekali menghidangkan makan minum buat tetamu walaupun berkali-kali kami berkata " tak yah susah-susah makcik".

Setelah saya mendapat info tentang banyak testimoni pengguna vivix, saya mencadangkan adik ipar saya mencuba vivix kepada ibunya yang sakit itu. Manalah tahu ada kemajuannya. Dan pada 19 Nov baru-baru ini, ibunya mula mengambil vivix.


Maklum balas yang diterima daripada ibunya sejak ambil vivix;
  • kerap kencing, jika dulu badannya selalu kesejukan, sekarang sudah mula panas, dulu tidak berpeluh sekarang banyak berpeluh, 
  • namun ada juga respon yang masih membimbangkan iaitu selera makan masih lagi teruk, badan masih lagi lemah tidak bermaya dan sakit badannya bertambah sakit.
Kami simpati juga mendengar keluhannya yang sakit yang amat seluruh badannya. Biasanya orang tua jika sakit sikit-sikit dia tak akan mengadu atau mengeluh, jika dia berbunyi sakit tu, maknanya sakit yang tak terperi lah tu.
 
Anaknya telah berikhtiar. Sudah 12 hari diberi ibunya vivix sesudu setiap pagi selepas sarapan. Bila ibunya mengadu sakit badannya bertambah, dikurangkan menjadi setengah sudu. Anaknya juga selalu berpesan agar minum air yang cukup setial hari. Harap hari-hari seterusya menggunakan vivix, kesihatan makcik semakin pulih. Amin"

Terima Kasih kerana sudi membaca.
Sekian.
2 Dec 2013






Testimoni Rakan Yang Mencuba Set Kehamilan

"Saya mencuba produk shaklee kerana sangat menginginkan cahaya mata setelah beberapa tahun berkahwin.

Sebelah pagi;
  • 1 bj B-complex dan 3 biji alfalfa (selepas sarapan)
Sebelah malam ;
  • 1 biji GLA dan 1 biji Vit E (selepas makan malam)
  • selang sejam, saya ambil 3 biji alfalfa (1 hingga 2 jam sebelum tidur) 
  • Setelah seminggu, saya tingkatkan bilangan alfalfa kepada 5 biji pagi dan 5 biji malam.

     


Apa yang saya ingin kongsikan bersama ialah berlaku beberapa perubahan yang menakjubkan kepada diri saya seminggu selepas mengambil supplemen ini. Dalam masa saya tertunggu-tunggu bilakah saya disahkan hamil, saya sangat gembira dengan kemajuan yang berlaku keatas kesihatan saya setelah hampir 2 minggu menggunakan  supplemen shaklee

  1. Dalam minggu pertama apabila bangun pagi saya tidak lagi terbersin-bersin, begitu juga apabila sebelah malam. Sebelum ini setiap kali bangun pagi dan menjelang malam saya akan kerap bersin.
  2. Setelah seminggu, simptom asma saya telah berkurang. Saya juga tidak terlalu sensitif dengan habuk yang sedikit.
  3. Kulit wajah saya yang sebelum ini berminyak dan berjerawat membuatkan saya juga mencuba Vit-C shaklee. Dalam masa seminggu saya dapati jerawat yang banyak terutamanya di dahi semakin berkurang. Saya bertambah yakin dengan shaklee.
  4. Masalah keputihan yang saya alami juga berkurangan. Sebelum ini masalah keputihan saya sangat teruk dan berbau sehingga terpaksa mengambil antibiotik. Namun setelah 2 atau 3 hari, masalah yang sama yang berulang lagi. Sekarang tidak lagi.
Saya sangat gembira dengan perubahan positif yang berlaku sendiri ke atas diri saya sejak menggunakan supplemen shaklee ini. Sememangnya berkesan, selamat dan mesra alam.

Saya berharap suatu masa nanti saya disahkan mengandung kerana tujuan asal saya mencuba produk shaklee ialah untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Dalam pada itu, saya turut serta menjadi pengedar shaklee.Kini saya juga sebahagian daripada pengedar Shaklee. Sambil memelihara kesihatan dengan produk shaklee, sambil menjana pendapatan.

Sekian, terma kasih kerana sudi membaca testimoni saya"

Pn M
Pahang.

Berminat dengan produk shaklee atau ingin menjadi pengedar?
Sila hubungi Suhana Husein 017-4622362 @ HUBUNGI PENGEDAR SHAKLEE BERHAMPIRAN ANDA



Friday 29 November 2013

HERB-LAX boleh membantu memelihara sistem pencernaan badan kita.


Kepentingan Memelihara Kesihatan Sistem Pencernaan 

Pengamal perubatan semulajadi bersetuju bahawa kesihatan sistem pencernaan merupakan kunci kepada kesihatan secara keseluruhannya. Kesihatan sistem percernaan perlu dijaga kerana ia penting dalam memastikan kita kekal sihat dan memperolehi berat badan yang ideal. Apabila sistem pencernaan kita tidak berfungsi dengan baik, adalah sukar untuk memastikan zat makanan yang kita makan dapat diserap dengan baik. Malahan badan kita juga tidak boleh menyingkirkan toksin dengan baik.


Mengapa HERB-LAX SHAKLEE?

  • Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi moden. Ia mengandungi 9 herba semulajadi;

1. Alfalfa Leaves

: Membersihkan usus, darah dan hati

2. Senna Leaves


: Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.


3. Anise Seed
 
 : Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

4. Blue Malva Flower

 : Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.


5. Buckthorn Bark




: Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus.



6. Licorice Root
: Membantu proses detoksifikasi


7. Rhubarb Root

Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotik


8. Fennel Seed
 
Mengeluarkan toksin  yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.


9. Culver's Root

: Membantu masalah lebihan air 
dalam badan dan asma

Herb-lax Shaklee:
  • Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Antara Manfaat Utama ;
  • Membersihkan najis yang tersekat
  • merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan kepada perut. 
Herb-Lax : Menyokong Pelawasan Teratur
Diet yang kaya serat, air yang mencukupi dan senaman yang tetap, kesemuanya menyumbang kepada pembuangan air besar yang teratur. Pada masa tertentu, Herb-Lax yang lembut boleh membantu.
  • julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala
  • menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan
  • daun senna telah digunakan secara tradisional sejak beberapa tahun dahulu sebagai julap semulajadi (natural laxative)
 

    Rekomendasi:
    • sesuai diambil seperti biasaatau dicampurkan dalam air panas, sebagai teh minuman herba 

    •  
      Tujuan
      Rekomendasi
      Untuk kesihatan berpanjangan

      2 kali seminggu 4 bj setiap kali sebelum tidur
      Untuk pembersihan usus / detoksifikasi, melawan kanser, mengawal berat badan
      2 kali 3 bj setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)
    • Catatan : Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.
       
      Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 bj dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses pembuangan najis kembali normal.
       
      Berminat boleh hubungi:
      Suhana Hussein SMS/ WASAP  017-4622362

      HUBUNGI PENGEDAR SHAKLEE BERHAMPIRAN

    Saturday 23 November 2013

    PENGEDAR SHAKLEE DI KULIM, GEORGETOWN DAN SEBERANG PERAI TENGAH

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

    Berita baik kepada yang tinggal di kawasan Kulim Landmark Centre (Giant ), Georgetown dan Seberang Perai Tengah yang ingin mendapatkan vitamin/supplemen SHAKLEE pada harga diskaun. Kini,anda boleh menghubungi saya Pengedar Sah SHAKLEE (ID 959595) melalui salah satu cara di bawah:

    FB : Suhana Hussein
    NO TEL : 017-4622362

    FB : Rosfaizal Zukefli  
    NO TEL : 012-5936762

    *konsultansi PERCUMA akan diberi selepas pembelian serta tips-tips eksklusif buat pelanggan-pelanggan saya.

    *cash on delivery (COD) bagi kawasan KULIM, GEORGETOWN DAN SEBERANG PERAI TENGAH. Penghantaran ke seluruh Semenanjung hanya RM10 dan Sabah Sarawak hanya RM20.

    @ HUBUNGI PENGEDAR SHAKLEE BERHAMPIRAN ANDA 
     

    Bagaimana GLA Shaklee berfungsi meningkatkan kesuburan wanita? 
    1) mengawal selia estrogen & progesteron - GLA membentuk prsotaglandin utk mengawal selia hormon lelaki & wanita dalam badan seseorang. Bila hormon seimbang, tahap kesuburan pun akan meningkat. 

    2) menghilangkan simptom PMS - simptom PMS seperti senggugut, mood swing, sakit pinggang, kembung, retensi air dan sakit pada payudara memang merimaskan. Anda boleh mencuba Set senggugut Shaklee yg terdiri daripada GLA, ostematrix & B-complex. GLA bole membantu melegakan kesakitan & period cramp 
    3) melambatkan menopous - GLA membantu melambatkan dan menguragkan simptom menopous. 
    4) membantu proses kehamilan - GLA membantu wanita menghasilkan 'cecair kesuburan' iaitu cecair serviks yg berwarna putih utk membantu sperma berenang di dalam rahim dan mempercepatkan proses persenyawaan. Cecair serviks ini juga membantu sperma utk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Untuk kesan yang lebih optimum, saya sarankan supaya anda mengambil Set Kesuburan Shaklee.

    Berminat, sila hubungi saya;
    Suhana Husein 017 4622362 @ Pengedar Shaklee Berhampiran Anda