Saturday, 28 September 2013

TESTIMONI SET KEHAMILAN SHAKLEE

Assalamualaikum..hari ni saya nak share testimoni adik kepada biras saya yg mengamalkan set kehamilan shaklee mulai dr awal kehamilannya.
kredit to Nurdelasalina Mohd Din
aryan
Alhamdulillah... Muhammad Aryan Eusoff (ank saudara) dilahirkan pada 20/07/2013 dan hari ni 18/08/2013 Eusoff genap 30 hari. Yerp Tough Like Daddy ( Hafiz Zulkiply) tak dinafikan.
Actually saya takut nak pegang baby yg bawah age 1 bulan sbb 1st saya takut sbb leher n segala badan baby kan masih lembik. 2nd, saya tak reti nk pegang baby n takut baby jatuh watsoever. 3rd maybe saya belum mempunyai pengalaman anak sendri.
1st time saya bertemu Eusoff pada usia 4 hari n sejak Eusoff dilahirkan, totally merubah sikap saya. Kenapa? 1st time jumpe Eusoff saya terkejut sbb bila saya angkat Eusoff, Eusoff dpt angkat kepala mcm dah tau org nak angkat dia.. sehinggalah sekarang kalau letak kepala dia atas dada dia mampu angkat kepala ke kanan dan ke kiri untuk ubah keselesaan kedudukan kepala dia. Dari segi kulit semua baby kulit gebu n licin dan Eusoff tidak ketinggalan. Saya masih igt, sejurus selepas Eusoff dilahirkan, saya dpt panggilan dari cousin, dia ckp wahhh putihnya anak Ida Munira (adik), baby Shaklee ni. Dengan saya² teruja sekali.
Eusoff merupakan cucu sulong n mmg saya nk sgt dia lahir sempurna, dan semasa awal kehamilan adik, saya syorkan produk Shaklee. Saya syorkan set kehamilan yg terdiri dari Vita-Lea, Omega Guard, Ostematrix, B-Complex, dan ESP.
Alhamdulillah Eusoff lahir sebagai baby yang sempurna. Mendapat pelbagai 28 vitamin-vitamin penting dan mineral dari Vita-Lea, B-Complex yang lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuklah folic acid, Ostematrix sebanyak 4 tablet sehari, yang mana 1000mg kalsium diperlukan setiap hari. Setiap tablet ada 250mg kalsium. Ibu mengandung memerlukan 1000mg – 1300mg sehari untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat untuk baby. Pengambilan Omega Guard sebanyak 1 tablet sehari. DHA dan EPA dari Omega penting untuk perkembangan otak dan mata baby. Bagi ibu dia dapat mengawal kolesterol dalam badan ibu. Disebabkan adik tak dapat minum susu semasa kehamilan, saya syorkan dia ESP untuk menambahkan protein dan tenaga harian maklumlah Eusoff lahir dibulan Ramadhan.
Semoga Eusoff di didik menjadi anak yang soleh.. Insyallah..
kata2 ayah aryan
UNTUK INFO DAN ORDER:
Suzila Husein
ID:994413
Pengedar Shaklee Temerloh & Mentakab
sms/whasap : 0169406604










Friday, 20 September 2013

DENGAN IZIN ALLAH : KUASA MINDA MANUSIA

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahukah anda minda manusia mempunyai kekuatan yang hebat? Pernahkah anda terfikir minda manusia mempunyai dimensi yang luas?
otak-kanan-manusia1Tahukah Anda ? Menurut kajian ahli minda,kebanyakan manusia hanya menggunakan baru 10% daripada kemampuan mindanya.Ini bererti 90%Daripada mindanya tidak pernah digunakan langsung.Mengapa ini terjadi,jawapannya mudah sahaja,kerana kita tidak tahu.Mengapa kita tidak tahu? Kerana kita tidak belajar.Tapi kini anda berpeluang menggunakan beberapa teknik untuk menggunakan 90 % lagi kemampuan minda anda.Teknik yang akan diajarkan sangat mudah untuk dikuasai.Ramai orang mengaku menguasai dan pakar dalam kuasa minda,pernahkah anda merasai kesan yang sebenarnya sesudah menguasai kuasa minda?




Anda perlu tahu!

Peringkat peringkat  fungsi minda menurut ahli kaji minda

1)Peringkat sedar(conscious level)
2)Peringkat bawah sedar yang mengawal badan (subconscious body level)
3)Peringkat ingatan(memory level)
4)Peringkat kuasa kreatif(creatif power level)
5)Peringkat kuasa menyembuhkan(healing power level)
6)Peringkat intuisi(Intuitive level)
7)Peringkat kesedaran semesta raya(Cosmic conscious level)





Peringkat kesedaran minda manusia.1234094_242085252605366_1170834178_n


  1)Beta
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang fizikal yang berkait rapat dengan pancaindera seperti deria rasa,deria bau,deria dengar dan sebagainya.Seperti contohnya kita mendengar radio setiap hari

  2)Alpha
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang berkait rapat tentang  emosi,fikiran,khayalan dan perasaan.Peringkat ini berkaitan dengan alam keruhanian dan kejiwaan.Amat jarang manusia yang boleh mencapai peringkat ini.Dalam peringkat inilah terletaknya apa yang dikatakan sebagai'Extra Sensory Perception 'yang bermaksud 'Persepsi deria tambahan'.


  3)Theta
Peringkat ini adalah sambungan daripada peringkat Alpha,tetapi lebih dalam lagi.Minda peringkat ini adalah peringkat orang yang tidur.Extra Sensory Perception juga terdapat pada peringkat ini.Alam mimpi adalah teletak pada alam ini.Orang yang sampai pada peringkat ini tidak terganggu oleh kebisingan alam ini,ketenangan alam ini sungguh luar biasa.


  4)Delta
Peringkat ini tidak ada kesedaran langsung.Seperti orang mati.Pada peringkat ini tiada siapa yang sedar langsung.Seperti orang yang dibius ketika pembedahan



Insya Allah anda akan diajar dengan teknik mudah untuk mencapai peringkat kesedaran Alpha yang mana anda akan mendapat menguasai kuasa minda dalam erti kata sebenar.








































Sunday, 15 September 2013

Kenapa Shaklee ???


I Want Sihat...

Semua orang nak sihat....
senang jer...

PANDUAN PERSEDIAAN PENYUSUAN KETIKA HAMIL, AWAL KELAHIRAN DAN SELEPAS TEMPOH ENAM BULAN MELAHIRKAN.


Assalamualaikum.. Hari ni saya nak sharekan tips dan soal jawab dalam majalah PAMA berkaitan persediaan penyusuan ketika hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan.
SOALAN : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?
JAWAPAN : Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.
1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!
6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
8. Elakkan puting kosong(pacifier).
9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.
11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.
12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.
breastfeeding-i-know-poster













Saturday, 14 September 2013

CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi

CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang dicari-cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.
darah tinggi CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi
CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.

Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

1.Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

2.Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

3. Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.
kolestrol tinggi CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi

4.Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

5. Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.
Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
  • Membantu mencegah migrain
Sumber: University of Maryland Medical Center
Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.
Hubungi saya untuk tempahan CoQ Health Shaklee sekarang!