Sunday, 1 December 2013

Vivix : Berbaloi Mencuba

Assalamualaikum w.b.t
Ini adalah post daripada kakak saya yang baru-baru ini pergi melawat keluarga adik saya di Selangor.
Mari kita kongsi bersama-sama kisah beliau....

"Semalam, 1 Dec 2013, saya bertandang ke rumah keluarga adik ipar saya di Sungai Buloh, Selangor. Kesihatan ibunya tidak begitu memuaskan sejak bulan puasa hari tu lagi. Hari Raya Aidilfitri yang lalu terpaksa disambut dalam keadaan lemah tak bermaya dan sakit. Sakit seluruh badan hanya Tuhan yang tahu katanya, terutamanya dari paras pinggang ke bawah. Anaknya sudah merujuk keadaan ibunya di hospital berdekatan. Doktor masukkan air katanya. Ujian darah juga dilakukan. Doktor yang memeriksa memaklumkan "makcik tak sakit apa-apa". Lalu balik ke rumah namun keadaan kesihatannya belum menampakkan ada tanda mahu pulih. Selera makan semakin berkurang dan keadaan diri semakin tidak bermaya dan sepanjang hari terbaring di atas tilam.

Sebelum ini jika beliau sihat,  setiap kali saya ke rumahnya, ibunya  memang tak duduk diam melayan kami sekeluarga. Sibuk sekali menghidangkan makan minum buat tetamu walaupun berkali-kali kami berkata " tak yah susah-susah makcik".

Setelah saya mendapat info tentang banyak testimoni pengguna vivix, saya mencadangkan adik ipar saya mencuba vivix kepada ibunya yang sakit itu. Manalah tahu ada kemajuannya. Dan pada 19 Nov baru-baru ini, ibunya mula mengambil vivix.


Maklum balas yang diterima daripada ibunya sejak ambil vivix;
  • kerap kencing, jika dulu badannya selalu kesejukan, sekarang sudah mula panas, dulu tidak berpeluh sekarang banyak berpeluh, 
  • namun ada juga respon yang masih membimbangkan iaitu selera makan masih lagi teruk, badan masih lagi lemah tidak bermaya dan sakit badannya bertambah sakit.
Kami simpati juga mendengar keluhannya yang sakit yang amat seluruh badannya. Biasanya orang tua jika sakit sikit-sikit dia tak akan mengadu atau mengeluh, jika dia berbunyi sakit tu, maknanya sakit yang tak terperi lah tu.
 
Anaknya telah berikhtiar. Sudah 12 hari diberi ibunya vivix sesudu setiap pagi selepas sarapan. Bila ibunya mengadu sakit badannya bertambah, dikurangkan menjadi setengah sudu. Anaknya juga selalu berpesan agar minum air yang cukup setial hari. Harap hari-hari seterusya menggunakan vivix, kesihatan makcik semakin pulih. Amin"

Terima Kasih kerana sudi membaca.
Sekian.
2 Dec 2013






Testimoni Rakan Yang Mencuba Set Kehamilan

"Saya mencuba produk shaklee kerana sangat menginginkan cahaya mata setelah beberapa tahun berkahwin.

Sebelah pagi;
  • 1 bj B-complex dan 3 biji alfalfa (selepas sarapan)
Sebelah malam ;
  • 1 biji GLA dan 1 biji Vit E (selepas makan malam)
  • selang sejam, saya ambil 3 biji alfalfa (1 hingga 2 jam sebelum tidur) 
  • Setelah seminggu, saya tingkatkan bilangan alfalfa kepada 5 biji pagi dan 5 biji malam.

     


Apa yang saya ingin kongsikan bersama ialah berlaku beberapa perubahan yang menakjubkan kepada diri saya seminggu selepas mengambil supplemen ini. Dalam masa saya tertunggu-tunggu bilakah saya disahkan hamil, saya sangat gembira dengan kemajuan yang berlaku keatas kesihatan saya setelah hampir 2 minggu menggunakan  supplemen shaklee

  1. Dalam minggu pertama apabila bangun pagi saya tidak lagi terbersin-bersin, begitu juga apabila sebelah malam. Sebelum ini setiap kali bangun pagi dan menjelang malam saya akan kerap bersin.
  2. Setelah seminggu, simptom asma saya telah berkurang. Saya juga tidak terlalu sensitif dengan habuk yang sedikit.
  3. Kulit wajah saya yang sebelum ini berminyak dan berjerawat membuatkan saya juga mencuba Vit-C shaklee. Dalam masa seminggu saya dapati jerawat yang banyak terutamanya di dahi semakin berkurang. Saya bertambah yakin dengan shaklee.
  4. Masalah keputihan yang saya alami juga berkurangan. Sebelum ini masalah keputihan saya sangat teruk dan berbau sehingga terpaksa mengambil antibiotik. Namun setelah 2 atau 3 hari, masalah yang sama yang berulang lagi. Sekarang tidak lagi.
Saya sangat gembira dengan perubahan positif yang berlaku sendiri ke atas diri saya sejak menggunakan supplemen shaklee ini. Sememangnya berkesan, selamat dan mesra alam.

Saya berharap suatu masa nanti saya disahkan mengandung kerana tujuan asal saya mencuba produk shaklee ialah untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Dalam pada itu, saya turut serta menjadi pengedar shaklee.Kini saya juga sebahagian daripada pengedar Shaklee. Sambil memelihara kesihatan dengan produk shaklee, sambil menjana pendapatan.

Sekian, terma kasih kerana sudi membaca testimoni saya"

Pn M
Pahang.

Berminat dengan produk shaklee atau ingin menjadi pengedar?
Sila hubungi Suhana Husein 017-4622362 @ HUBUNGI PENGEDAR SHAKLEE BERHAMPIRAN ANDA